Ruj. Tahukah Awda? 23/12/2023

23/12/2023

​​BIASISWA Sultan's Scholar merupakan biasiswa yang berprestij yang dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenal pasti oleh YSHHB, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institusi-institusi pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh YSHHB dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Tujuan penyediaan Biasiswa Sultan's Scholar adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang agama, raja dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan penganugerahan Biasiswa Sultan's Scholar bermula pada tahun 2006 iaitu bagi Sesi Pengajian Tahun 2006 / 2007. 


SUMBER : Pelita Brunei, September 2013.

Attachments