INISIATIF Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik mula dilancarkan
pada 26 Mac 2011 dengan penambahan Hari Jumaat bermula
17 Februari 2018.
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamat meningkatkan
kadar penggunaan konsep 3 'R' (Reuse, Reduce, Recycle) ke arah
mengurangkan jumlah sisa buangan di negara ini.
Penambahan hari Khamis telah dimulakan pada 19 April 2018
bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 'Akhiri Pencemaran Plastik'
(End Plastic Pollution) dan penambahan hari-hari lain akan dibuat
secara berperingkat-peringkat dengan penambahan hari Rabu pada
Julai 2018, Selasa pada Oktober 2018 dan Isnin untuk ditambah pada
Disember 2018, bagi merealisasikan matlamat dan dasar kerajaan ke
arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik sehingga bermula 1 Januari 2019.
SUMBER : mod.gov.bn.