Ruj. Tahukah Awda? 11/112023

11/11/2023

PENGLIBATAN Ahli Bomba Wanita bermula pada tahun 1987 yang mana pengambilan skuad pertama seramai 45 orang Ahli Bomba Wanita Pelatih. Mereka ini diberikan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih selama 24 minggu di Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas. Pada 1997, jabatan ini sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan pertama kalinya membuat pengambilan terus direct entry bagi Pegawai Bomba Wanita dari berbagai disiplin. 

SUMBER : Sambutan Jubli Emas Jabatan Bomba dan Penyelamat 1960 - 2010.
Attachments