Ruj. Tahukah Awda? 04/112023

04/11/2023

DANA Pengiran Muda Mahkota AI-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim merupakan satu badan nasional yang menyalurkan sumbangan para dermawan dalam usaha memeduli kebajikan anak-anak yatim di negara ini. Penubuhan Dana ini disempurnakan pelancarannya pada 4 Jamadilawal 1419 Hijrah bersamaan 25 Ogos 1998 Masihi. Semasa majlis pelancaran tersebut, Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah menerima sumbangan lebih dari 1.3 juta ringgit Brunei daripada 27 dermawan terdiri daripada beberapa agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGOs) dan orang persendirian.

SUMBER : Wadah, Bil.3/Januari — Disember 1999
Attachments