Ruj. Tahukah Awda? 28/10/2023

28/10/2023

ANGKATAN Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menempa sejarah dalam pembangunan ketenteraan dengan tertubuhnya Institusi Pengajian Tertinggi Tentera iaitu Maktab Turus ABDB yang terletak di Perkhemahan Sungai Akar. Seramai 22 orang pegawai-pegawai yang terdiri daripada pegawai-pegawai ABDB dan agensi-agensi keselamatan Negara Brunei Darussalam termasuk tujuh pegawai tentera negara-negara sahabat iaitu Republik Rakyat China, Republik Filipina, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Republik Islam Pakistan dan Republik Singapura menghadiri kursus yang pertama di maktab ini selama 39 minggu bermula dari 22 November 2010 hingga 19 Ogos 2011. 


SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Sabtu, 27 November 2010.

Attachments