Ruj. Tahukah Awda? 14/10/2023

14/10/2023

SEBUAH empangan konkrit telah dibina di puncak Air Terjun di Tasek Lama pada tahun 1926 bagi menyalurkan bekalan air ke Bandar Brunei. Pada tahun 1937-1947 projek bagi meningkatkan sistem bekalan air terus dilaksanakan dan dilaratkan ke kawasan-kawasan lain sekitar Bandar Brunei, Pekan Belait, Pekan Seria, Pekan Tutong, kawasan Muara dan Lumapas bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat. Pada tahun 1967, sebuah lagi empangan telah dibina di Sungai Kianggeh dan dipam ke Empangan Air Tasek, memberikan tambahan kapasiti pengeluaran. 

SUMBER : Kompilasi Rencana Khas 50 Tahun KDYMM menaiki takhta 
Attachments