Ruj. Tahukah Awda? 07/10/2023

07/10/2023

DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) adalah salah satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Government Organisation) yang ditubuhkan pada 16 Februari 1966 untuk mewakili sepenuhnya keperluan Peniaga-peniaga Melayu Brunei dalam menyokong kepentingan Pembangunan Perniagaan Melayu di Brunei Darussalam. Ahli DPPMB terdiri daripada Peniagapeniaga Melayu di negara ini dari pelbagai sektor dan industri. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dianjurkan oleh DPPMB adalah seperti menjalankan pelbagai kursus, taklimat dan lawatan-lawatan terutamanya dalam menimba dan memperkasa pengetahuan tentang perniagaan. DPPMB giat menganjurkan gerai-gerai makan untuk peniaga-peniaga MSME dan SMEs. 


SUMBER : https://jobcentrebrunei.gov.bn/.

Attachments