Ruj. Tahukah Awda? 30/09/2023

30/09/2023

SATU aturan yang dipanggil Aturan-aturan Daging Halal 1999 yang diperbuat di bawah kuat kuasa Bab 16 dari Perintah Darurat (Daging Halal), 1998 telah dikuatkuasakan mulai 15 April, 1999. Aturan-aturan tersebut antara lain bertujuan untuk mengatur pengimportan daging halal dan bagi mengelakkan kemasukan daging yang diragui kehalalannya ke Negara Brunei Darussalam supaya umat Islam di negara ini terselamat dari memakan daging yang haram.


SUMBER : Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam.

Attachments