Ruj. Tahukah Awda? 23/09/2023

23/09/2023

AKTA Pendidikan Wajib. Kanak-kanak yang diwajibkan bersekolah ialah mereka yang berusia antara enam hingga 15 tahun iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 2002, warga Negara Brunei Darussalam (NBD) serta bermastautin di NBD. Jika seseorang kanak-kanak yang berumur wajib disekolahkan tidak sentiasa hadir di sesebuah sekolah sebagai seorang murid, ibu bapa/penjaga kanak-kanak itu adalah melakukan suatu kesalahan, yang jika sabit boleh dikenakan : 

- Denda tidak melebihi dari BND5,000 
- Dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun, atau 
- Kedua-duanya sekali 

SUMBER : www.moe.gov.bn
Attachments