Ruj. Tahukah Awda? 29/07/2023

29/07/2023

​UNIT Perkhidmatan Makmal Veterinar (UPMV) merupakan satu-satunya Makmal Veterinar Kebangsaan yang berperanan untuk mendukung dalam peningkatan keluaran industri ternakan dan ke arah pengiktirafan jabatan sebagai Competent Veterinary Authority (CVA). Makmal ini ditubuhkan pada 1978, di bawah seliaan Klinik Haiwan, Jalan Kumbang Pasang dan kemudiannya berpindah ke bangunan di Jalan Berakas dikenali sebagai Makmal Kaji Penyakit Haiwan. Pada 1988, dengan penambahan skop pemeriksaan dan keadaan makmal yang semakin sempit, makmal telah berpindah ke Pusat Penyelidikan Pertanian, Kilanas dan diubah namanya menjadi Makmal Diagnostik. Pada tahun 1997 nama Makmal Diagnostik ditukar ke UPMV hingga kini. 


SUMBER : Pelita Brunei, Sabtu, Mac 2022.​


Attachments