Ruj. Tahukah Awda? 25/02/2023

25/02/2023

​PADA malam Pemasyhuran Kemerdekaan 1984, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan berkenan memimpin rakyat dan penduduk yang hadir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien seruan 'Allahu Akbar' sebanyak tiga kali sebagai tanda kesyukuran atas kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam. Serentak itu, lampu-lampu di sekitar taman tersebut dinyalakan dan 21 das meriam dilepaskan. Watikah pemasyhuran Kemerdekaan dibawa masuk untuk disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan diiringi oleh 32 orang pembawa Alat-Alat Kebesaran Diraja. 


SUMBER : Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1984-2015

Attachments