Bangunan Sekretariat ungkap detik bersejarah

01/12/2014

Oleh: Haji Khairol Azli Haji Md Kassim, Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor


BANDAR Seri Begawan (BSB) berperanan sebagai pusat bandar yang lengkap yang turut meliputi aspekaspek pentadbiran, perhubungan, keagamaan dan kebudayaan serta perniagaan menjadi satu mercu tanda betapa pesatnya pembangunannya sebagai ibu negara, Negara Brunei Darussalam. BSB pada kenyataannya menjadi salah sebuah destinasi pelancongan kerana banyaknya tempat menarik untuk dikunjungi.


Di pusat bandar ini terletak premis-premis kerajaan yang menempatkan pusat pentadbiran seperti Bangunan Sekretariat Negara Brunei Darussalam, Pejabat Pos Besar, Jabatan Elektrik, Bangunan Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam dan Bangunan Lapau.

rencana 011214 01SELURUH bangunan adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri.

Di samping terdapat juga bangunan yang menempatkan pejabat-pejabat swasta seperti bank-bank termasuklah Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Bank Islam Brunei Berhad (BIBD), The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited (HSBC) dan sebagainya.


Jika ingin menjamu selera pula, masyarakat Brunei dan para pelancong asing bolehlah berkunjung ke Tamu Selera yang terletak berdekatan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.


Memperkatakan Bangunan Sekretariat juga dikenali sebagai Bangunan Setiausaha Kerajaan telah dibina pada tahun 1952 dan siap pada tahun 1953. Bangunan yang berusia 61 tahun itu berhadapan dengan Jalan Elizabeth II dan berhadapan dengan Padang Besar, yang kini dikenali, sebagai Taman Sir Omar 'Ali Saifuddien di BSB.

rencana 011214 02UKIRAN mural di sekitar atas bahagian bangunan yang menggambarkan sejarah Negara Brunei Darussalam dan perkembangannya (atas dan bawah).

rencana 011214 03

Sebahagian ciri-ciri yang unik dan menarik mengenai bangunan ini yang tidak ketahui oleh orang ramai termasuk:


• Ukiran mural di sekitar atas bahagian bangunan yang menggambarkan sejarah Negara Brunei Darussalam dan perkembangannya;


• Seni bina bangunan ini adalah simetri di mana pelan lantai bangunan tersebut mempunyai senibina yang kembar mencerminkan kedua belah bangunan;


• Bangunan tersebut berbentuk huruf ‘E’ jika dilihat dari atas dan 'E' kononnya singkatan Elizabeth II, Ratu Great Britain dan


• Bangunan itu tidak mempunyai tingkap; ia menggunakan pintu-pintu berganda sebagai pintu masuk dan juga untuk pengudaraan;

rencana 011214 04BANGUNAN ini tidak mempunyai tingkap tapi menggunakan pintu-pintu berganda sebagai pintu masuk dan untuk pengudaraan.

rencana 011214 05
PELETAKAN batu asas bangunan ini pada 19 November 1952.

Menurut sejarah awalnya, Bangunan Sekretariat di bangunkan untuk menempatkan Pejabat Residen British. Pada tahun 1959, Negeri Brunei memulakan pentadbiran dalamannya, kerajaan mula mengambil alih bangunan dan menamakan bangunan tersebut sebagai Bangunan Setiausaha Kerajaan. Bangunan ini telah menyaksikan banyak detik-detik bersejarah seperti yang digunakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Perjawatan, Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Pencen, Badan Kehakiman, Jabatan Audit, Jabatan Kastamdan Eksais, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Undang-undang.


Apabila Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984, bangunan ini digunakan oleh Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Undang-Undang, Kementerian Perhubungan; dan Kementerian Dalam Negeri; dan Lembaga Matawang Brunei. Sekarang, seluruh bangunan adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri.

Attachments