Soalan-soalan lazim dan jawapan berkenaan Isu-isu tertentu berkaitan dengan
Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013
SIRI PERTAMA
Hak-hak orang bukan Islam
1.1 Adakah hak-hak orang bukan Islam dilindungi di bawah Perintah ini?
Ugama Islam telah mengiktiraf hak-hak orang bukan Islam di dalam Al-Qur'an dan Hadith. Al-Qur'an telah mengumumkan:
''Allah
tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap
orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula)
mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan
sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan
mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu,
Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.'' (Surah Al-Mumtahanah: 8-9)
Begitu
juga, Nabi (Sallallahu'AlaihiWasallam) telah memberi amaran kepada umat
Islam daripada melakukan sebarang penindasan terhadap orang bukan Islam:
''Surely
whosoever persecuted mu'ahad (a person protected by a covenant) or
deprecate his right or took work from him beyond his capacity ar toak
something from him with evil intentions, I shall be a complainant
against him on the Day of Resurrection," (Narrated by Abu Daud and
Baihaqi)
"Sesungguhnya barang siapa yang menganiaya mu'ahad
(orang yang dilindungi oleh perjanjian) atau mencela haknya atau di luar
kemampuannya atau mengambil kerja daripadanya mengambil sesuatu
daripadanya dengan niat yang jahat, aku akan menjadi pengadu terhadapnya
pada hari kiamat". (Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
Bertepatan
dengan kehendak/suruhan Shariah ini, hak-hak semua orang di Negara
Brunei Darussalam adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang
yang lain. Perintah ini tidak mengganggu hak-hak orang bukan Islam
1.2 Adakah Perintah ini terpakai kepada semua orang tanpa mengira apa ugamanya?
Perintah
ini terpakai kepada semua orang di Negara Brunei Darussalam tanpa
mengira kerakyatan atau ugama, kecuali jika telah diperuntukkan dengan
nyata di dalam Perintah ini. Akan tetapi ada beberapa kesalahan yang
hanya boleh dilakukan oleh orang Islam, seperti tidak menunaikan
sembahyang Fardhu Jumaat atau kesalahan bagi perempuan Islam yang belum
berkahwin lari dari jagaan ibu bapanya atau penjaganya tanpa sebab yang
munasabah.
Begitu juga, ada beberapa kesalahan yang hanya
terpakai kepada orang bukan Islam tertakluk kepada keadaan seperti
kesalahan minum minuman yang memabukkan di tempat awam. Bagi orang bukan
Islam, khalwat dan zina juga adalah suatu kesalahan jika dilakukan
bersama orang Islam.
Kebanyakan kesalahan-kesalahan di dalam
Perintah ini adalah terpakai kepada kedua-dua orang Islam dan bukan
Islam seperti jenayah curi (sariqah), rompak (hirabah), bunuh,
menyebabkan kecederaan dll.
1.3 Adakah hak-hak kanak-kanak, orang tua, wanita dan orang kurang upaya dilindungi di bawah Perintah ini?
Perintah
ini menjaga dan melindungi hak-hak semua orang termasuklah hak-hak
kanak-kanak, orang tua, wanita dan orang kurang upaya.
Objektifnya/tujuannya adalah untuk memastikan semua orang di Negara
Brunei Darussalam hidup dengan selesa dan diberi layanan yang sama rata.
2. Kebebasan berugama
2.1 Adakah orang-orang bukan Islam boleh mengamalkan ugama rnereka?
Perkara
3(1) Perlembagaan Brunei Darussalam mengiktiraf Islam sebagai Ugama
Rasmi bagi Negara ini tetapi memberi jaminan kebebasan berugama kepada
orang-orang bukan Islam dengan syarat ugama tersebut hendaklah diamalkan
dalam keadaan aman dan sempurna. Pengenaan had ‘dalam keadaan aman dan
sempurna' bukanlah bertujuan merendahkan kepentingan ugama-ugama lain,
akan tetapi untuk memelihara dan menguatkan lagi konsep MIB. Kerana
inilah perbuatan berdakwah atau mengembangkan ugama selain Islam kepada
orang Islam atau orang yang tidak mempunyai ugama menjadi suatu
kesalahan di bawah Perintah ini.
Tidak ada peruntukan di dalam
Perintah ini yang menghalang orang bukan Islam daripada menganut
kepercayaan mereka sesama mereka atau mengamalkan ugama mereka di
tempattempat ibadat mereka. Terdapat beberapa buah rumah ibadat ugama
lain seperti gereja dan kuil di negara ini. Krismas dan Tahun Baru Cina
telah diisytiharkan sebagai cuti awam.
2.2 Adakah orang bukan Islam dibenarkan membawa masuk material atau kita-kitab ugama mereka?
Membawa masuk apa-apa bahan atau kitab adalah tertakluk kepada prosedur penapisan tertentu tanpa mengira mana-mana ugama.