Bedudun ke Kampung Kiulap, RPN Lambak Kanan

01/08/2015

​Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Norliah Md. Zain / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

menyusur

 

rencana sabtu 010815 kg kiulap

 

KAMPUNG Kiulap merupakan sebuah kampung yang terletak di Daerah Brunei Muara yang rancak dengan pembangunan infrastruktur terutama bangunan-bangunan knkkomersial seperti kedai-kedai, gedung-gedung perniagaan dan bank-bank. Oleh itu, kawasan ini sememangnya agak sibuk lebih-lebih lagi pada musim penerimaan gaji. Kampung ini ditadbir oleh seorang ketua kampung iaitu Awang Haji Mohammad bin Abu Bakar.


Sepertimana kampung yang lain, kampung ini tidak terlepas menerima beberapa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan telefon. Setentunya kemudahan yang paling menonjol di kampung ini ialah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Selain itu, terdapat juga sebuah sekolah ugama, Pusat KACA, Sekolah IGS dan Sekolah Nusa Laila Puteri.

rencana sabtu 010815 kg kiulap 01                                                                             JAME' 'Asr Hassanil Bolkiah tersergam indah di Kampung Kiulap.

Tempat ini juga menjadi tumpuan para pelancong memandangkan terdapatnya sebuah hotel di kawasan ini.


Menurut Ketua Kampung Kiulap, Awang Haji Mohammad bin Abu Bakar, Kiulap berasal daripada perkataan Sulap. Kampung ini mula wujud sekitar tahun 1930-an.

rencana sabtu 010815 kg kiulap 02KETUA Kampung Kiulap. Awang Haji Mohammad bin Abu Bakar.

Keluasan Kampung Kiulap ialah 176.53 hektar dengan keramaian penduduk 1,788. Sebanyak 315 buah rumah yang terdapat di kampung ini.

 

rencana sabtu 010815 rpn lambak kanan

 

ROMBONGAN Program Sua Muka atau Personal Contact kali meneruskan misinya ke kediaman Ketua Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan, Mukim Berakas 'B', Awang Haji Jumat bin Nasir baru-baru ini dengan hasrat meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat, rakyat-kerajaan.


Program berkenaan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat hal ehwal kemasyarakatan.


Di samping tujuannya untuk membina minda kesedaran sivik masyarakat yang menjurus ke arah cintakan ugama, bangsa, raja dan negara selaras dengan aspirasi kerajaan dan rakyat, ia juga dapat memupuk semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap negara serta menyemai hubungan yang erat antara kerajaan dan rakyat.

rencana sabtu 010815 rpn lambak kanan 01KETUA Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan, Mukim Berakas 'B', Awang Haji Jumat bin Nasir.

Dalam perjumpaan itu, Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan, Awang Haji Jumat antara lain menyentuh mengenai profil kampung berkenaan termasuk jumlah penduduk seramai lebih 6 ribu orang yang kebanyakan berasal dari Kampong Ayer. Kawasan perpindahan ini mula didiami pada tahun 1990-an. Hadir sama ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 4 RPN Lambak Kanan yang turut mengongsi pandangan dan idea bagi mengembangmajukan kawasan berkenaan.

rencana sabtu 010815 rpn lambak kanan 02KETUA Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan, Mukim Berakas 'B', Awang Haji Jumat
semasa menghadiri salah satu aktiviti MPK kampung berkenaan.

Bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, ketua kampung berkenaan menyentuh mengenai Majlis Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri setiap tahun dengan dimeriahkan beberapa persembahan nyanyian lagu Hari Raya, peraduan pakaian fesyen lelaki dan perempuan.


Ketua kampung juga menghargai Jawatankuasa MPK Kawasan 4 RPN Lambak yang telah menunjukkan keharmonian hidup dalam sebuah kampung dan bermasyarakat serta memupuk hubungan kejiranan dengan saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

rencana sabtu 010815 rpn lambak kanan 03SALAH satu aktiviti yang dianjurkan ialah Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan silaturahim.

Pada akhir perjumpaan, beliau juga mengingatkan kepada warga kampung untuk sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen kepada ketua kampung dalam menghubungkan kesalingfahaman, kejiranan, permuafakatan, gotong-royong dan seterusnya menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi sama-sama berganding bahu memelihara kesejahteraan kampung dengan mewujudkan perpaduan hidup bermasyarakat.


Attachments