Keunikan Kampung Danau

14/03/2015

rencana02 14032015 Keunikan Kampung DanauOleh: Noraisah Muhammed Foto : Ihsan Awang Haji Abdullah Haji Tahir



rencana01 14032015 Keunikan Kampung DanauKAMPUNG Danau di bawah Mukim Telisai di Daerah Tutong ini merupakan sebuah kampung berdekatan dengan pantai Laut China Selatan. Keluasannya kira-kira 6.5023 kilometer persegi dan jauhnya 20km dari Pekan Tutong. Manakala keramaian penduduknya 1,100 orang.

Selain kampung ini, ia terdapat empat kampung, iaitu Kampung Danau, Kampung Tempuan Ugas, Kampung Keramut dan Kampung Penapar. Sementara penduduknya terdiri daripada puak Melayu Brunei dan Dusun, sedikit berbangsa Cina serta keturunan India Muslim. Mereka dipercayai puak pendatang dari luar kampung yang akhirnya menetap di kampung ini. Hampir keseluruhan penduduknya berugama Islam.

Kampung yang dipimpin oleh Ketua Kampung Danau, Awang Haji Ashak bin Hj Juhari, insyaaAllah dengan perpaduan di peringkat Ahli Jawatankuasa MPK Danau serta orang-orang kampung pastinya akan melahirkan kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan faedah demi kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian penduduk kampung khasnya kepada negara umumnya.

Sejarah awal kependudukan di kampung ini sebahagiannya mendiami di sebuah kawasan bernama Kampung Penyatang sebelah darat dan sebahagian lagi di kawasan tepi pantai dan tebing sungai. Pekerjaan mereka sebagai nelayan, melukan, mengunau, bertanam padi serta mengambil kayu bakau untuk dijadikan kayu api dan dijual kepada peraih yang memerlukannya. Dengan kedudukannya berhampiran pantai ada di antara penduduknya mengusahakan pembuatan garam laut dengan membakar batangbatang hanyut dan mengambil abunya untuk dijadikan garam setelah disiram dengan air laut yang masin menjadi beku untuk kegunaan sendiri.

Menyentuh mengenai penduduk kampung yang tinggal di pesisir tebing sungai, apabila musim air pasang rumah-rumah yang didirikan di tebing ini kelihatan seperti dibina di atas sungai. Kebanyakan mereka itu mendiami di sepanjang tebing Kampung Kelabit dan sedikit di tebing Kampung Danau dan pekerjaan mereka menangkap ikan dengan menggunakan andang, rambat, rawai, bubu dan pengguyut selain pancing dan ambur.

rencana03 14032015 Keunikan Kampung Danau

RUMAH-RUMAH yang dibina di tebing sungai di Kampung Kulabit, Danau sehingga
akhir tahun 1960-an. Kelihatan jambatan tempat menaik dan menurunkan kenderaan
yang akan diangkut oleh bantun untuk dibawa ke Kuala Tutong.

Pada akhir tahun 30-an, selain ada antaranya menjalankan perniagaan, terutama pedagang-pedagang India ada antara penduduknya bekerja di sektor kerajaan sebagai guru, polis dan di Jabatan Kerja Raya. Sekarang penduduknya telah bekerja dan menjawat beberapa pekerjaan di sektor kerajaan, swasta / syarikat seperti BSP Co., LNG, polis dan tentera.

Kampung Danau diambil sempena nama sebuah takungan air, iaitu luagan. Mengikut cerita, kampung ini didatangi oleh seorang ulama dari Sumatera yang pernah menjadi imam di masjid kampung ini.

Ulama tersebut menamakan luagan tersebut sebagai Danau. Maka sebutan danau itu kekal dan akhirnya lahirlah nama Kampung Danau. Danau atau luagan ini masih boleh dilihat hingga sekarang walaupun sedikit berubah oleh faktor masa dan keadaan.

Ia terletak tidak jauh dari Sungai Danau, iaitu berdekatan dengan Tugu Peringatan Kampung Danau yang ada sekarang. Airnya tidak pernah kering. Dulu luagan ini luas dan dalam. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai ikan sungai kerana air sungai akan masuk ke luagan ini terutama bila sungai pasang.

Mengimbau kenangan lalu yang berakhir pada awal tahun 60-an, Kampung Danau merupakan perhentian kenderaan dari Bandar Brunei ke Daerah Belait, dan dari Pekan Belait ke Bandar Brunei, kerana kenderaan-kenderaan tersebut akan dibawa / diangkut menaiki bantun untuk diseberangkan ke Kuala Tutong dan sebaliknya melalui jambatan yang dibina untuk penurunan kereta ke bantun.

rencana04 14032015 Keunikan Kampung Danau

MASJID Kampung Danau merupakan masjid pertama dibina di Negara Brunei
Darussalam pada era bermula perkembangan Islam.

Nostalgiknya, kedai-kedai yang terdapat dekat kawasan jambatan iniakan menjadi meriah dan ramai dengan kehadiran kenderaan yang membawa ramai penumpang menunggu untuk diangkut ke Kuala Tutong atau kenderaan yang terkandas disebabkan air laut pasang, kerana laluan untuk pergi ke Daerah Belait menggunakan pantai. Pada masa itu terdapat deretan kedai sebanyak empat pintu kedai runcit dan kedai makan dan minum selain tiga buah kedai yang berasing. Pada masa itu dalam kalangan pengunjung untuk menikmati minum pagi atau petang terkenal dengan cucur kacang dan kelupisnya.

Keadaan ini berakhir apabila Jambatan Telisai terbina dan jalanraya dari Telisai ke Pekan Tutong telah mula digunakan pada akhir tahun 50-an.

Seperti halnya dengan kampung-kampung lain di negara ini, Kampung Danau juga menerima arus perubahan, kemajuan danpembangunan. Pembinaan jalan rayayang moden (berturap tar) yangdibina pada pertengahan tahun 50-anmenjadikan kemudahan kepadapenduduk kampung untukmenikmati perjalanan dengan selesa.Mereka yang berkemampuan membeli kenderaan sendiri atau sekurang-kurang memiliki motosikal dan basikal.

Sekarang ini selain pembinaan sebuah masjid, sekolah serta balairaya yang serba sederhanabangunan-bangunan tersebut telah dibaiki, diubah-suai bahkan ditambah menjadikannya lebih baik dan bersesuaian dengan keadaanmasa sekarang. Keperluan-keperluanasas seperti letrik, air dan telefon telah lama disediakan. Terdapat sebuah DewanKemasyarakatan yang baru yang boleh menampung tiga ke empat ratus orang dan di dalamnya tersedia gelanggang permainan badminton.

Pembinaan rumah kediaman semakin bertambah. Reka bentuk rumah juga sudah berubah. Kalau dulu rumah-rumah beratapkan daun nipah atau kayu (kapang) berlantaikan nibung dan papan sertaberdindingkan kulit kayu dan papan, bertiang kayu, tetapi sekarang telahberubah. Sebahagian besarnya dibina dengan bahan konkrit yang lebih baik dan tahan. Ukuran dan keluasan rumah serta bilik yang selesa dan mewah. Ada terdapat hampir 200 buah telah terbangun di kampung ini.

rencana05 14032015 Keunikan Kampung Danau

DANAU yakni luagan ini menjadi nama bagi Kampung Danau.

Berdekatan pantai memang banyak rumah kediaman dibangunkan. Kebimbangan penduduk sedikit sebanyak berkurangan dari dilanda oleh hakisan pantai terutama di musim tengkujuh pada bulan Disember dengan adanya tindakan kerajaan membina tembok batu bagi menghadang pukulan ombak. Pembinaan tembok batu ini bermula pada awal tahun 90-an. Demikianjua hakisan yang berlaku di tebing sungai berdekatan dengan Masjid Kampung Danau dan jabatan batu lama, telah dipasang gabion.

Dalam bidang perusahaan dan perekonomian terdapat kolam menternak udang yang boleh dianggap luas dan diusahakan oleh rakyat Brunei bertempat di Kampung Keramut. Kolam udang ini telah beroperasi pertengahan tahun 90-an.

KEGIATAN

Melalui pertubuhan dan badanbadan yang terdapat di kampung ini seperti persatuan, Majlis Perundingan Kampung dan Jawatankuasa Takmir Masjid,beberapa kegiatan telah berjayadiadakan sebagai usaha bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian penduduk kampung dengan menanam sikap bekerjasama dan bergotong-royong.

Menjadi kebanggaan bagi penduduk kampung yang setiap tahun dapat mengungkayahkan kegiatan beribadah korban pada bulan Zulhijjah. Kegiatan ini telah hampir 20 tahun dilaksanakan yang mengorbankan tidak kurang daripada enam ekor kerbau setiap tahun. Kegiatan ini dikendalikan bersama MPK Danau dan JawatankuasaTakmir Masjid Danau.

rencana06 14032015 Keunikan Kampung Danau

KEDAI yang tertua beroperasi di Kampung Danau.

Kegiatan Sambutan Hari Kebangsaan juga hampir setiap tahun diadakan dengan acara menaikkan bendera negara. Sambutan Hari Kebangsaan yang masih dalam ingatan penduduk kampung pertama kalinya diadakan ialah Manifestasi Kemerdekaan yang diadakan pada 10 Mei 1998.

MPK Danau dengan kerjasama Persatuan Angkatan Melayu Danau telah juga mengungkayahkan satu lagi kegiatan nostalgianya, iaitu Pesta Pantai Danau Untuk VBY 2001, sempena Tahun Melawat Brunei 2001.

Majlis-majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung, Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri adalah kegiatan setiap tahun diadakan. Pada tahun 2014 telah diadakan Kegiatan tiga dalam satu yang diadakan dalam seminggu, iaitu Sambutan Hari Keluarga, Majlis Memperingati Penubuhan Masjid dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-30 Negara Brunei Darussalam.

Attachments