Islam pencetus awal ilmu perubatan

09/03/2016

LOGO MINDA PEMBACA edited

SETIAP generasi memiliki ilmu perubatan dan sistem perubatan Islam dipengaruhi sedikit sebanyak dari amalan-amalan perubatan tamadun kuno. Pengaruh kuno itu diselaraskan dan dikembangkan dengan acuan prinsip-prinsip dan ajaran Islam terutama bebas dari kepercayaan punca penyakit dari roh jahat dan mendatangi para tukang tilik ahli nujum dan tukang-tukang sihir bagi mendapatkan rawatan.

Sewaktu ajaran Islam berkembang pesat di dunia, bidang perubatan Islam mengalami era kegemilangan dan menyerlah. Bahkan sains yang paling awal berkembang dan unggul sebagai ilmu yang saintifik dan rasional bermula dari zaman kehidupan Rasulullah dan kemuncak pencapaiannya pada zaman Abbasiah hingga zaman pertengahan sebelum era khalifah Islam berakhir. Cabang perubatan Islam ialah Perubatan Nabi (Tibbun Nabawi), perubatan rohaniah dan perubatan Galenisme Arab (perubatan Yunani yang diubahsuai dan dikembangmajukan selari dengan idea-idea Islam.

Perubatan nabi dibentuk daripada hadis-hadis dan As-Sunnah dalam hal asal-usul penyakit, simptom, ramuan ubat seperti madu, habbatus sauda atau melalui penjagaan kesihatan dan kebersihan. Sementara perubatan rohaniah ialah kaedah bacaan ayat Al-Quran atau doa yag diajarkan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara langsung atau melalui bahan tertentu seperti air, daun tumbuhan dan sebagainya sebagai alternatif merawat penyakit yang disahkan pihak doktor perubatan, urat saraf atau berbentuk rohani dan spiritual.

Antara tokoh-tokoh Islam di bidang perubatan ialah Ibnu Sina dan Al-Razi. Ibnu Sina (juga dikenali sebagai Avicenna) adalah saintis termasyhur dan dianggap sebagai tokoh yang berpengaruh di timur dan barat sehingga digelar 'Putera dalam kalangan Tokoh Perubatan'. Para penulis sejarah perubatan menyifatkan daya ilmuannya sebagai satu kesinambungan kepakarannya di bidang ilmu perubatan yang menyatukan semua teori ilmiah amalan perubatan yang berasal dari abad-abad terdahulu. Antara karya beliau ialah 'Himpunan Pembendaharaan Ilmu Perubatan' (al-Qanun Fi alTibb).

Sementara Ar-Razi telah menulis 184 buah buku dan 56 daripadanya berkaitan
ilmu perubatan. Buku tulisannya yang bertajuk 'Kitab al-Hawi' 24 jilid telah disalin dan diterjemahkan ke bahasa Latin pada tahun 1187 Masihi. Kitab ini menjadi buku rujukan pertama dan utama dalam pengajian kimia di Eropah hingga Abad 14 Masihi.

Ilmu perubatan Islam turut diakui Barat dan bahkan para ahli sejarah moden mengakui perkembangan ilmu perubatan Barat adalah dipengaruhi oleh perubatan Islam. Bahkan hakikatnya pada Abad 14 hingga Abad ke-17 Masihi, ilmu perubatan mereka dikaji dan dipelajari bersumberkan ilmu perubatan Islam.

 

Nama : Nuraliza binti Haji Jamaluddin
No K/P : 01-052282 (K)
Alamat : No. 245, Jalam 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan. BC2515. Negara Brunei Darussalam.

 

Serlahkan kreativiti penulisan awda dengan menyertai ruangan ini :

 

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA :

1. 'Pupuk Budaya Membaca Ke Arah Kecemerlangan Negara'. Tarikh Tutup : 9 Mac 2016.
2. 'Kebaikan Melancong Di Negara Sendiri'. Tarikh Tutup : 16 Mac 2016.
3. 'Pengusaha Tempatan Perlu Bijak Terokai Pasaran Antarabangsa'. Tarikh Tutup : 23 Mac 2016.

 

Terma dan Syarat :

1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan.
2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan.
3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada :

Sidang Pengarang, Minda Pembaca
Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan
Lapangan Terbang Lama, Berakas
Bandar Seri Begawan, BB3510
Negara Brunei Darussalam.
atau melalui
E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 

4. Sebanyak satu penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.

Attachments