Sembahyang berjemaah suburkan ikatan ukhuwah

08/06/2016

LOGO MINDA PEMBACA edited


SEMBAHYANG ataupun solat berjemaah adalah salah satu cara umat Islam untuk menghidupkan rohani dan juga jasmani seterusnya menghubungkan ikatan kemasyarakatan di antara umat Islam dan juga tidak lupa di dalam mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Solat berjemaah tidak semestinya dilakukan di masjid-masjid ataupun di surau-surau tetapi ia juga dapat dilakukan di rumah-rumah persendirian. Hal ini kerana solat berjemaah boleh dilaksanakan oleh dua orang atau lebih yang terdiri daripada imam dan makmum.

Ganjaran pahala solat berjemaah juga sangat berbeza daripada solat bersendirian iaitu sepertimana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat." Selain menjana pahala solat berjemaah, umat Islam juga dapat menyuburkan ikatan kasih sayang sesama keluarga mahupun saudara sesama Islam kerana selepas solat berjemaah wujudnya salam-bersalaman di antara ibu dan ayah, suami dan isteri, adik, kakak dan abang mahupun umat Islam yang lain. Dengan cara inilah hubungan kekeluargaan sentiasa subur dengan 'energy' yang positif, di samping mendapat keberkatan di dalam kehidupan yang sentiasa dihimpit oleh kesibukan. Dengan itu, sifat individualistik dapat diatasi daripada terus menerus terjadi dan umat Islam dapat sama-sama berdoa secara berjemaah.

Tanpa disedari bulan Ramadan datang menyapa kita memberikan peluang bagi umat Islam untuk memantapkan keimanan dan meraih pahala yang tujuh kali ganda lebih besar daripada bulan-bulan yang lain. Inilah juga peluang bagi umat Islam untuk mengajak keluarga dan saudara-mara untuk sama-sama solat berjemaah yang setentunya tidak asing lagi bagi umat Islam untuk sama- sama mengerjakan Solat Sunat Tarawih.

Jika solat berjemaah menjadi amalan seharian bagi umat Islam, nescaya ia boleh menghidupkan perpaduan umat agar sentiasa dijalan Allah Subhanahu Wata'ala dan tidak hanyut di dalam kesibukan dunia. Tidak salah untuk solat bersendirian tetapi dengan adanya solat berjemaah ia boleh dijadikan sebagai 'notification' untuk sama-sama berkumpul memakmurkan rumah Allah, menghidupkan sunnah dan menimbulkan rasa persamaan antara umat Islam.

 

Nama : Hajah Aziemahtul Normelissa binti Haji Saidrani
No. K/P : 01-098591 (K)
Alamat : No. 24, Simpang 355-21-16-8-4, Kampung Tungku Katok 'A', BE2119, Bandar Seri Begawan.

 

Serlahkan kreativiti penulisan awda dengan menyertai ruangan ini :

 

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA :

1. 'Cara-Cara Mengatasi dan Menghilangkan Stres'. Tarikh Tutup : 8 Jun 2016.

2. 'Pertahankan Keamanan Negara'. Tarikh Tutup : 15 Jun 2016.

3. 'Hayati Hikmah Berpuasa Pada Bulan Ramadan'. Tarikh Tutup : 22 Jun 2016.

 

Terma dan Syarat :

1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan.

2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan.

3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada :

Sidang Pengarang, Minda Pembaca
Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan
Lapangan Terbang Lama, Berakas
Bandar Seri Begawan, BB3510
Negara Brunei Darussalam.
atau melalui
E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 

4.Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.

Attachments