DARIPADA Abi Hurairah Radiallahuanhu berkata,
bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
''Apabila hilang amanah dalam diri, maka tunggulah saat
kebinasaan. Sahabat bertanya : Bagaimanakah punca hilangnya
amanah itu wahai Rasulullah? Lalu, Baginda Rasulullah
bersabda : Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang
yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kebinasaan itu''.
(Hadis Riwayat al-Bukhari).