''WAHAI orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah perbuatan keji
daripada perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu beroleh kemenangan dan keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan
sebab meminum arak dan bermain judi dan menghalangi kamu daripada
mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Maka tidakkah kamu mahu berhenti daripada melakukan perbuatan keji itu?'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maa'idah, ayat 90 - 91.