Ruj. Manisnya Iman 050823



​​DARIPADA Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ''Sesungguhnya terdapat antara amal kebaikan yang pahalanya terus diperoleh oleh seorang Mukmin yang telah meninggal dunia, iaitu ilmu yang diajarkannya ketika hidup atau terdapat seorang anak soleh yang ditinggalkan (kebaikan yang dibuat oleh anaknya yang soleh pahalanya sampai kepada orang tuanya yang telah mendidiknya tanpa mengurangkan pahala yang diterima oleh anak-anak) atau sebuah mushaf (Al-Quran) yang diwakafkannya atau sebuah masjid yang dibinanya atau dia ada meninggalkan sebuah rumah rehat untuk orang-orang musafir atau dia ada meninggalkan sebuah sungai yang airnya sentiasa mengalir atau ada sedekah yang dikeluarkan dari hasil hartanya semasa dia sihat di waktu hidupnya, maka semua pahala-pahala ini akan berterusan sampai kepadanya selepas ia meninggal dunia''. - Hadis riwayat Imam Ibnu Maajah.

Attachments