"DAN sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan
memudahkan baginya jalan keluar (dalam urusannya).
Dan Dia mengurniakannya rezeki dari arah yang tidak terlintas
difikirannya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah
maka cukuplah Allah itu baginya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusannya. Allah telah menetapkan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".
- Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam
terjemahan makna ayat Surah At-Talaq, ayat 2-3.