"DAN sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah untuk membela dan menegakkan Islam, nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur. Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian ia mati dalam perjalanan hijrahnya, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi".
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam terjemahan makna ayat Surah An Nisaa', ayat 100.