''ADAKAH kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal
belum datang kepada kamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang
yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kesengsaraan dan
kemudaratan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh dan
berbagai-bagai cubaan) sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman
yang ada bersamanya berkata : ''Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?''
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)''.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala
dalam terjemahan makna ayat Surah Al-Baqarah, ayat 214.