"WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih balk bagi kamu, mudah-mudahan kamu sentiasa beringat. Jika kamu tidak mendapati seorang pun di dalamnya maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu balik. Ito lebih balk bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
- Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam terjemahan makna ayat Surah An-Nur, ayat 27-28.