DARIPADA Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda : yang maksudnya : ''Setiap amalan anak-anak
Adam itu dilipatgandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10
hingga 700 kali ganda. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman : Kecuali
puasa, sesungguhnya puasa itu untuk kau Akulah yang akan memberi
ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu
syahwat, makan dan minum kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa ada
dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika
ia menjumpai Tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di
hadapan Allah Subhanahu Wata'ala lebih harum dari wangian kasturi".