''DAN ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad,
bahawa sesungguhnya Tuhan meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya
dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada
malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai
satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang
dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut dengan
berbagai-bagai amaran, maka semuanya itu tidak menambahkan mereka
melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam terjemahan
makna ayat Surah Al-Israa', ayat 60.