''DARIPADA Abi Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda :Tidak satu musibah pun yang menimpa diri
seorang Muslim, sama ada yang berupa kesusahan dan penderitaan,
kesedihan dan kedukaan ataupun penyakit, bahkan kerana
sepotong duri yang mencucuk kakinya (anggotanya), melainkan
dihapuskan oleh Allah dengan itu sebahagian dari kesalahannya".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)