"WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum
mengejek-ejek satu kaum yang lain, boleh jadi kaum yang diejek
itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula (satu kaum)
perempuan mengejek perempuan yang lain, boleh jadi perempuan
yang diejek itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah kamu
mencaci sesama kamu dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
dengan gelaran buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan
fasik sesudah seseorang itu beriman…".
-Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam terjemahan makna
ayat Surah Al-Hujuraat, ayat 11.