''DAN bacakanlah (ceritakanlah wahai Nabi Muhammad) kepada mereka
kisah dua orang anak Nabi Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan
sebenar-benarnya ketika kedua-duanya mempersembahkan korban untuk
mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih haiwan tertentu atau
menyedekahkan sesuatu bayaran. Lalu diterima korban salah seorang
antara mereka (Habil) dan tidak diterima korban daripada orang yang
seorang lagi (Qabil). Qabil berkata kepada Habil : Demi sesungguhnya
aku akan membunuhmu. Habil berkata : Sesungguhnya Allah hanya
menerima korban daripada orang-orang yang bertakwa''.
- Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maidah, ayat 27.