"DAN serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya
mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan
menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari
berbagai-bagai jalan dan ceruk rantau yang jauh. Supaya mereka
menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada
mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari
yang tertentu kerana pengurniaannya kepada mereka dengan
binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian
makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah
makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin".
- Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam
Surah Al-Hajj, ayat 27-28.