DARIPADA Abu Hurairah Radiallahuanhu, bahawa Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Barang siapa berdiri
dengan sembahyang dan ibadat pada malam Lailatulqadar dengan
iman dan ihtisab iaitu dengan keyakinan yang sempurna dan
harapan yang ikhlas untuk memperoleh ganjaran-Nya nescaya
akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu''.
- (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)