DARIPADA Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Setiap amalan kebaikan yang
dilakukan oleh anak Adam akan dilipatgandakan dengan 10
kebaikan hingga 700 kali ganda. Allah Azzawajalla berfirman yang
tafsirnya : Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku,
Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan
syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan
mendapatkan dua kebahagiaan iaitu ketika dia berbuka dan ketika
berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang
yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi''.
- (Hadis Riwayat Imam Muslim).