''DARIPADA Asmah bin Ziyad Radiallahuanhuma, beliau berkata : Wahai
Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau,berpuasa dalam satu bulan
sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Syaaban? Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Itu adalah bulan yang
mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara
Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan yang diangkat
amalan-amalan kepada Tuhan semesta alam,maka aku suka ketika
amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa''.
(Hadis Riwayat Imam An-Nasaie).