DARIPADA Abu Sa'id Al-Khudri, bahawa Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barang siapa mempunyai kelebihan kenderaan, hendaklah ia
kembali untuk membantu orang yang tidak mempunyai
kenderaan. Dan orang yang mempunyai kelebihan bekal
hendaklah ia kembali membantu orang yang tidak mempunyai
bekal. Rasulullah juga menyebutkan tentang harta benda yang
lain, sehingga kami berpendapat bahawa setiap orang tidak
berhak mempunyai kelebihan".