''WAHAI orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi,
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu
adalah (perbuatan) keji daripada perbuatan syaitan.
Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kemenangan
(dan keberuntungan). Sesungguhnya syaitan itu mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab (meminum)
arak dan (bermain) judi dan menghalangi kamu daripada
mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka tidakkah kamu
mahu berhenti (daripada melakukan perbuatan keji itu)?"
- Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maidah, ayat 90-91.