DARIPADA Mahmud bin Lubaid Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Perkara yang paling aku takut terjadi pada kamu adalah syirik yang kecil". Para sahabat bertanya : "Apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah". Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "ltulah riyak. Allah Azza Wajjala akan berfirman pada hari kiamat kelak : Pergilah orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepada-Nya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalan kamu)".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad).