“WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu :
Lapangkanlah tempat duduk di majlis-majlis (untuk orang lain), maka
lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangan untuk kamu. Dan apabila
dikatakan : Berdirilah, hendaklah kau berdiri, nescaya Allah meninggikan
orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat.
Dan Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”.
- Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11.