‘‘DAN sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya dia akan
mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki
yang banyak. Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian dia mati (dalam
perjalanan) maka sesungguhnya telah tetap pahala (hijrahnya) di sisi
Allah. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha Pengasih.’’
- Surah An-Nisaa’, ayat 100