Sekurang-kurangnya dua maut, 37 cedera kereta rempuh orang ramai di Colombia – Laporan

04/05/2026

MOSCOW, 4 Mei. - Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 37 lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai pada pameran Monster Truck 2026 di selatan Colombia, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Menurut penyiar Noticias Caracol, acara itu diadakan di bandar Popayan di wilayah Cauca.


Gabenor Cauca Octavio Guzman mengesahkan jumlah mangsa dan menyatakan solidariti terhadap mereka yang terjejas akibat kejadian itu. - ©BERNAMA



Attachments