LIMA, 29 April. - Sekurang-kurangnya 10 orang maut pada Selasa dalam nahas kenderaan di lebuh raya Juliaca-Arequipa di selatan Peru, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Menurut Radio Programas del Peru, sebuah van mini dan lori tangki bahan api bertembung secara berdepan berhampiran daerah Santa Lucia, di wilayah Puno, menyebabkan beberapa yang lain cedera. Pasukan penyelamat menghantar mangsa yang cedera ke pusat kesihatan berdekatan untuk rawatan. - ©BERNAMA