Juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di Utara Jerman

29/04/2026

BERLIN, 29 April. - Seorang juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dikendalikannya terhempas sejurus selepas berlepas di daerah Oldenburg, utara Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Pesawat malang itu terhempas di kawasan lapang berhampiran lapangan terbang Hatten pada petang Selasa. Punca nahas belum diketahui. Polis dan Biro Persekutuan Siasatan Nahas Pesawat Jerman sedang menyiasat kejadian itu.


Pesawat berkenaan musnah dalam nahas terbabit, manakala anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku selepas terhempas. Menurut polis, juruterbang berusia kira-kira 71 tahun itu dipercayai dalam penerbangan pulang ke Switzerland, tempat beliau menetap.


Sistem payung terjun kecemasan pesawat itu tidak digunakan, manakala cas pengaktifannya kemudian diletupkan dengan selamat oleh pakar polis persekutuan. Kira-kira 50 anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian. - ©BERNAMA


Attachments