15 kapal lintasi Selat Hormuz sepanjang 24 jam lalu selepas dapat kebenaran Republik Islam Iran

06/04/2026

ISTANBUL, 6 April. - Sebanyak 15 kapal melintasi Selat Hormuz sepanjang 24 jam lalu selepas memperoleh kebenaran daripada Republik Islam Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media Republik Islam Iran.


Agensi berita Fars melaporkan kapal-kapal itu dibenarkan melalui laluan perairan strategik berkenaan selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa Republik Islam Iran.


Agensi berita itu melaporkan jumlah kapal yang melalui selat berkenaan kekal 90 peratus lebih rendah berbanding sebelum Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap negara itu.


Rantau berkenaan berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Republik Islam Iran pada 28 Februari lepas, dan setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.


Republik Islam Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menjadi lokasi aset ketenteraan AS.


Republik Islam Iran juga menyekat pergerakan kapal melalui Selat Hormuz. - ©BERNAMA


Attachments