Persekutuan Rusia temui 276 deposit mineral pada 2025 - Putin

06/04/2026

MOSCOW, 6 April. - Persekutuan Rusia menemui 276 deposit mineral pepejal pada tahun lepas, kata Presiden Vladimir Putin pada Ahad dalam perutusan tahniah sempena Hari Ahli Geologi, lapor Xinhua.


Dalam perutusan yang diterbitkan oleh Kremlin, Putin berkata 41 medan minyak dan gas kondensat juga dijumpai dalam tempoh tersebut.


Beliau menambah projek Arktik dan pelantar benua sedang dilaksanakan dengan jayanya dan penambahan sumber mineral teras kini terjamin.


Pada akhir Mac, Timbalan Perdana Menteri Rusia Dmitry Patrushev dilaporkan berkata negara itu menemui rizab litium baharu buat kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun.


Hari Ahli Geologi ialah hari cuti untuk ahli geologi, ahli geofizik dan ahli geokimia di Persekutuan Rusia. - ©BERNAMA


Attachments