Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia dibuka di Dubai, catat rekod penyertaan

04/02/2026

DUBAI, 4 Feb. - Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dibuka di Dubai pada Selasa dengan mencatatkan rekod penyertaan pemimpin dunia, menteri dan pembuat dasar, menjadikannya perhimpunan antarabangsa terbesar sejak penganjuran acara itu bermula, lapor Xinhua.


Sidang kemuncak tiga hari itu, yang diadakan dengan tema “Shaping Future Governments", menghimpunkan lebih 60 ketua negara dan kerajaan serta timbalan mereka selain lebih 500 menteri, dan wakil daripada lebih 150 negara, menurut penganjur.


Lebih 6,000 peserta menghadiri acara itu yang memberi tumpuan kepada tadbir urus masa depan, kerjasama antarabangsa, perdagangan dan perubahan iklim.



Agenda sidang kemuncak dirangka bagi menangani cabaran ekonomi, teknologi dan sosial global yang mendesak.


Penganjur memaklumkan sidang kemuncak itu akan menampilkan puluhan mesyuarat peringkat menteri serta pelancaran beberapa laporan penyelidikan yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa. - ©BERNAMA



Attachments