Republik Singapura larang pelajar menengah guna telefon pintar sepanjang hari mulai 2026

01/12/2025

Republik Singapura, 1 Dis. - Bermula Januari 2026, Republik Singapura melarang pelajar sekolah menengah daripada menggunakan telefon pintar dan jam tangan pintar sepanjang hari persekolahan, sekali gus memperluaskan sekatan sedia ada yang hanya terpakai semasa waktu pembelajaran, lapor Xinhua.


Langkah itu diumumkan Kementerian Pendidikan pada Ahad sebagai sebahagian daripada langkah pengukuhan di sekolah menengah bagi menggalakkan tabiat penggunaan skrin yang lebih sihat.


Di bawah peraturan baharu itu, peranti pelajar akan disimpan di kawasan penyimpanan khas atau dalam beg sekolah sepanjang waktu sekolah.


Sekolah bagaimanapun boleh memberi pengecualian dalam keadaan yang diperlukan, menurut kementerian.


" “Penggunaan skrin dalam kalangan pelajar didapati menjejaskan aktiviti penting seperti tidur, aktiviti fizikal dan interaksi sosial dengan rakan serta keluarga dan dikaitkan dengan kesejahteraan holistik yang merosot," katanya. - ©BERNAMA


Attachments