WENCHANG, HAININ, 1 Dis. - Republik Rakyat China pada hari Ahad melancarkan satelit baharu dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di wilayah pulau selatan Hainan.
Satelit Shijian-28 telah dilancarkan pada jam 8.20 malam (Waktu Beijing) di atas roket pengangkut Long March-7 yang diubah suai. Ia telah berjaya memasuki orbitnya yang telah ditetapkan.
Ia merupakan misi penerbangan ke-611 bagi roket pengangkut siri Long March. - ©XINHUA