6 mayat ditemukan di lokasi nahas helikopter tentera di selatan Republik Filipina

05/11/2025

MANILA, 5 Nov. - Pasukan tentera Republik Filipina menemukan enam mayat anggota Tentera Udara Filipina (PAF) yang terbunuh dalam nahas helikopter Super Huey di wilayah Agusan del Sur, selatan Republik Filipina pada Selasa, lapor Xinhua


Jurucakap PAF Kolonel Ma. Christina Basco berkata, pasukan tentera berjaya menemukan mayat dua juruterbang dan empat anak kapal di lokasi kejadian.


"Enam mayat dijumpai di lokasi nahas, bukan lima seperti dilaporkan sebelum ini," katanya kepada media.


Helikopter berkenaan merupakan satu daripada empat pesawat yang dikerah untuk menilai kesan Taufan Kalmaegi, yang setakat Selasa meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa di seluruh Republik Filipina.


Super Huey ialah helikopter utiliti yang digunakan secara meluas dalam operasi ketenteraan, misi mencari dan menyelamat serta bantuan bencana, khususnya di kawasan terpencil atau terjejas akibat bencana alam. - ©BERNAMA



Attachments