NEW YORK, 22 Okt. - Netflix, Inc. pada Selasa melaporkan peningkatan 17 peratus dalam pendapatan suku ketiga kepada US$11.5 bilion, selari dengan ramalan syarikat sendiri.
Netflix menyatakan ia mencatatkan suku terbaik dalam sejarah bagi jualan iklan.
“Kami menamatkan tahun ini dengan momentum yang baik dan mempunyai senarai kandungan suku keempat yang menarik," menurut syarikat itu.
Walau bagaimanapun, pendapatan bersihnya - yang meningkat sekitar lapan peratus kepada US$2.5 bilion - adalah di bawah unjuran.
Netflix tidak mendedahkan angka khusus bilangan pelanggan dalam laporannya.
Saham Netflix menurun lebih daripada enam peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran berikuan laporan itu. - ©BERNAMA