BAKU, 13 Sept. - Empat anggota polis maut dalam kemalangan jalan raya di wilayah Julfa, republik autonomi Nakhchivan, Azerbaijan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik media tempatan.
Sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki empat anggota penguat kuasa undang-undang terbabas lalu terbalik pada Jumaat, menurut agensi berita Report.
Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan yang licin akibat hujan, kata agensi itu. Satu kertas siasatan dibuka berhubung kemalangan itu. - ©BERNAMA