GUIYANG, 5 Mei. - Mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot terbalik di Wilayah Guizhou, barat daya China, telah disahkan meninggal dunia, menurut markas penyelamat tempatan.
Sehingga pukul 12:45 tengah hari waktu tempatan pada Isnin, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan bot terbalik itu telah ditemui, dengan 10 orang maut, 70 orang cedera, dan empat lagi tidak mengalami kecederaan.
Empat bot terbalik akibat angin kencang secara tiba-tiba di sebuah sungai di Bandar Qianxi, Wilayah Guizhou pada petang Ahad, menyebabkan 84 orang terjatuh ke dalam air.
Pihak berkuasa wilayah telah mengerakkan hampir 500 anggota pasukan kecemasan bagi menyelaraskan usaha menyelamat.
Pemantauan susulan kejadian masih diteruskan. - ©XINHUA